Rabu, 26 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 36

MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI
RAHMATULLAH 'ALAIH



MINHA 36


“Kadang-kadang faqir Solat Witir pada bahagian pertama malam dan kadang-kadang pada bahagian akhir malam.  Pada satu malam, daku telah ditunjukkan bahawa untuk orang yang pergi tidur dengan niat dia akan bangun untuk bersolat Witir pada bahagian akhir malam, Malaikat penulis akan menuliskan amal kebaikan dalam buku catatan amalannya sepanjang malam sehingga masa dia bersolat Witir. Oleh itu, adalah lebih baik untuk menangguhkan Solat Witir. Masih lagi pada faqir, tidak ada yang dapat diterima atas perkara Solat Witir pada awal malam atau akhir malam tanpa mencontohi Insan yang termulia Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Faqir tidak menganggap apa-apa amalan mulia yang sama dengan mencontohi Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kadang-kadang bersolat Witir pada bahagian awal malam dan kadang-kadang pada bahagian akhir malam. Faqir menganggap ianya satu Daulat kemuliaan sekiranya faqir dapat mencontohi Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mulia dalam apa sahaja amalannya walaupun jika mencontohi itu hanya dalam rupa bentuk sahaja. Mengenai sesetengah amalan Sunnah, sesetengah orang memberi keutamaan terhadap sesuatu amalan dengan niat bangun sepanjang malam. Daku hairan dengan pandangan singkat mereka! Tanpa mencontohi  Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, faqir tidak percaya bangun untuk seribu malam walau dengan harga setengah biji barli. Pada sepuluh hari terakhir Ramadhan, faqir melakukan I’tikaf di masjid untuk beribadat. Faqir mengumpulkan semua rakan-rakan Sufi dan berkata kepada mereka, “Janganlah berniat apa-apa melainkan berniat untuk mencontohi Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Lagipun, apakah faedahnya kita berkhalwat dan memutuskan hubungan kita dengan Dunia. Sebaliknya, jika kita dapat mencontohi walau satu Sunnah, maka sebagai balasannya kita sanggup untuk menerima seratus malapetaka. Sebenarnya, tanpa manfaat mencontohi Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang dikasihi, walau sekiranya kita melakukan seribu kali Khalwat dan memutuskan hubungan kita dengan Dunia, ianya tidak akan diterima. Seperti ungkapadn sebuah syair,


Dia yang memiliki bunga di sepanjang musim di rumahnya
Mengapa dia masih perlukan taman musim bunga.

Semoga Allah Ta’ala mengurniakan kita kekuatan untuk mencontohi Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan sempurna. Selawat dan Salam yang lengkap dan sempurna ke atasnya dan ke atas Ahli Keluarganya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan