MABDA WA MA'AD
MINHA 59
Sifat-sifat Wajib Allah Ta’ala adalah terbahagi kepada tiga bahagian:
1. Bahagian pertama adalah Sifat Tambahan iaitu Sifat Idhzafiyyah. Contohnya seperti Khaliqiyyah yang menjadikan, Raziqiyyah yang memberi rezeki dan sebagainya.
2. Bahagian kedua adalah Sifat Haqiqi iaitu Sifat Haqiqiyyah. Namun ianya diwarnai oleh sifat-sifat tambahan. Contohnya seperti ‘Ilmu, Qudrat, Iradat, Mendengar, Melihat, Bercakap dan sebagainya.
3. Bahagian ketiga adalah Haqiqat semata-mata iaitu Haqiqat Sirf. Contohnya adalah yang hidup iaitu Sifat Hayat. Tidak ada sifat tambahan yang bercampur dengannya. Kami menganggap sifat tambahan adalah perkara yang berkaitan dengan alam dunia.
Bahagian yang ketiga iaitu Sifat Hayat adalah sifat yang paling tinggi di antara tiga bahagian. Ia adalah yang paling Jami’ merangkumi di antara semua bahagian. Ianya seumpama ibu kepada kesemua Sifat-sifat yang lain. Sifat ‘Ilmu dengan secara Jam’iyyat keseluruhannya adalah di bawah Sifat Hayat. Linkungan Daerah Sifat dan Shuyunat berakhir pada Sifat Hayat.”
“Sebenarnya, Sifat Hayat ini adalah pintu usul untuk sampai ke maksud yang diinginkan. Ini kerana martabat Sifat Hayat adalah di atas Sifat ‘Ilmu. Engkau hanya boleh sampai ke sana selepas menempuh semua peringkat ‘Ilmu yang berlainan, samada ‘Ilmu Zahir atau ‘Ilmu Batin atau ‘Ilmu Syari’at atau ‘Ilmu Tariqat. Hanya segelintir manusia yang telah masuk melalui pintu itu, iaitu telah menempuh kesemua tahap ‘Ilmu dan akhirnya mencapai Sifat Hayat. Hanya segelintir manusia juga yang telah mengalihkan pandangan mereka daripada kerabunan ini dan sebaliknya mengalihkan pandangan mereka ke arah Sifat Hayat ini. Jika faqir mendedahkan walaupun satu rahsia daripada Maqam Sifat Hayat ini, maka faqir mungkin akan disembelih.
Seperti pepatah Syair:
Adalah tidak wajar untuk bercakap lebih dari ini;
Bahawa adalah sebaiknya ia tetap menjadi rahsia.
“Salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk.” [20:47]
Dan mereka yang berpegang teguh mengikuti insan terpilih, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ke atasnya dan Ahli Keluarganya Selawat dan Salam.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan