Rabu, 26 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 27

MABDA WA MA'AD
HADHRAT MUJADDID ALF TSANI QUDDISA SIRRUHU



MINHA 27

“Selepas dua belas tahun bermula dari masa setelah faqir berinabat dan mengikuti  Jalan Sufi, faqir telah dimuliakan dengan Maqam Ridha. Pertama, Nafsku telah mencapai ketenangan Itminan. Kemudian, melalui dan dengan Rahmat Allah Ta’ala, faqir telah dikurniakan dengan nikmat Sa’adat ini. Faqir telah dikurniakan dengan Daulat kemuliaan ini iaitu Maqam Ridha. Faqir telah mencapai Daulat kemuliaan ini sehingga sinaran keredhaan Allah Ta’ala telah terzahir di hadapanku. Kemudian, Nafsu Mutmainnah diriku menjadi Ridha terhadap Tuhanku dan Tuhanku juga turut Ridha terhadapku. Segala puji bagi Allah. Faqir menyanyikan kesukaan dan pujian kesyukuran kepada Allah Ta’ala,  pujian yang diberkati yang dicintai Allah Ta’ala dan yang mana Dia amat meredhai.  Selawat dan Salam ke atas RasulNya Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan ke atas Ahli Keluarganya dan Ahlinya selama-lamanya.”

Soalan: 
Apabila Nafs telah Ridha terhadap Tuhannya, mengapakan dia berdoa untuk berlindung dari kesusahan dan bala musibah?

Jawapan: 
Menjadi seorang yang Ridha terhadap tindakan Fi’il Allah Ta’ala tidak memerlukannya untuk Ridha terhadap makhlukNya. Sebaliknya, terdapat beberapa ketika apabila Ridha terhadap makhluk adalah sama buruknya dengan tidak beriman dan tidak menta’ati Allah Ta’ala. Pada ketika itu, menjadi Ridha dengan makhluk adalah buruk dan tidak meridhai  amalan buruk makhluk adalah Wajib. Apabila Allah Ta’ala tidak meridhai amalan buruk, lalu bagaimana mungkin hambaNya boleh meridhai amalan buruk tersebut? Sebaliknya, hamba itu menghadapi situasi yang sukar. Oleh itu, tidak ada percanggahan apabila seseorang itu tidak meridhai makhluk ciptaan Allah tetapi pada masa yang sama meridhai  Fi’il Allah Ta’ala. Selepas berfikir dalam perkara yang sama, berdoa untuk menghilangkan bala musibah adalah lebih baik dan Mustahsan. Sebaliknya, terdapat juga mereka yang tidak dapat membezakan di antara Ridha terhadap Fi’il Allah Ta’ala dan tidak Ridha  terhadap perkara yang dijadikan, iaitu terhadap mereka yang mana tindakan berlaku iaitu Maf’ul. Mereka berada dalam kebingungan terhadap mengapakah tidak Ridha masih lagi berlaku walaupun selepas mencapai Ridha. Mereka telah bermain dengan kata-kata sukar yang Takalluf untuk menyusun semula kebingungan ini. Sesungguhnya, mereka telah mendakwa bahawa tidak meridhai adalah merbahaya terhadap keadaan Hal Ridha tetapi bukannya terhadap Maqam Ridha. Sebaliknya, kebenaran adalah sepertimana yang telah faqir terangkan sebelum ini yang mana faqir pelajari melalui Ilham daripada Allah Ta’ala. Salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan