Khamis, 20 September 2012

Mabda Wa Ma'ad: MINHA 8

MABDA WA MA'AD
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Quddisa Sirruhu



MINHA 8

“Semasa Sufi dalam perjalanan Nuzul iaitu turun kembali semula, Sufi yang telah sampai ke hujung yang penghujungan akan turun Nuzul ke had tempat yang paling bawah. Dan Salik adalah benar-benar telah ‘Uruj sampai ke hujung yang penghujungan  apabila dia Nuzul ke bawah yang paling bawah.”

“Apabila Nuzul ini disempurnakan dengan kekhususan ini iaitu Sufi yang telah Nuzul ke bawah yang paling bawah sekali, Sufi yang telah kembali rujuk ini akan menumpukan perhatiannya kepada Alam Asbab secara keseluruhannya. Ia bukanlah bermakna bahawa sebahagian dari Sufi Sahib Ruju’ ini bertawajjuh kepada Allah Ta’ala dan sebahagian lagi bertawajjuh kepada makhluk. Sesungguhnya, jika dia menggunakan Karamat dan tidak menggunakan asbab-asbab Duniawi, itulah tandanya bahawa dia telah gagal untuk sampai ‘Uruj ke hujung yang penghujungan (Nihayat An-Nihayat) dan juga telah gagal untuk kembali Nuzul ke bawah yang paling bawah sekali (Ghayat Al-Ghayat).”

“Ini adalah ringkasan bab ini. Solat adalah suatu Maqam yang darinya seseorang yang beriman akan ‘Uruj naik Ma’arij ke langit. Dan semasa melakukan Solat, Latifah seorang Sufi Sahib Ruju’ yang telah kembali menyempurnakan perjalanannya akan bertawajjuh secara khusus terhadap Allah Ta’ala. Ia berakhir apabila dia telah selesai Solatnya. Selepas sahaja selesai Solatnya, dia akan bertawajjuh terhadap makhluk. Bagaimanapun apabila dia mengerjakan Solat Fardhu atau Solat Sunnat, keenam-enam Latifahnya bertawajjuh terhadap Zat Allah Ta’ala. Apabila dia mengerjakan Solat Nafilah, hanya Latifah Altaf yang paling halus di antara Lataifnya iaitu Latifah Akhfa yang bertawajjuh.”

“Terdapat sebuah Hadits bahawa, “Untukku ada waktu yang diperuntukkan untuk bersama Allah Ta’ala.” Ini mungkin merujuk kepada waktu yang khas yang untuk Solat. Terdapat sebuah Hadits lagi yang semakna dengannya bahawa, “Sejuk pandanganku adalah di dalam Solat.” Tambahan pula, Kashaf yang Sahih dan Ilham yang benar Sarih juga membuktikan perkara ini.”

“Ma’rifat ini adalah Ma’rifat unik yang telah dikurniakan kepada faqir. Masyaikh pada jalan Tariqat Sufi telah mengetahui bahawa kesempurnaan pengetahuan adalah dengan menggabungkan dua bahagian. Satu bahagian dari dalaman iaitu pengetahuan dari pengalaman Sufi secara langsung dan satu bahagian dari luaran iaitu pengetahuan dari Quran dan Hadits. Segala-galanya kembali kepada Allah. Salam ke atas mereka yang mengikuti Hidayat yang mengikuti Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Insan yang terpilih dan ke atas Ahli-ahli Keluarganya.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan