Isnin, 17 Oktober 2011

1:3 Maktubat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani






MAKTUB 3 - JILID 1


Pada menerangkan keadaan Mahbus yakni hal keadaan terkurung yang dialami oleh sebahagian rakan dengan suatu Maqam Makhsus yang dikhususkan bagi mereka dan sebahagian rakan yang lain telah dapat menempuh Maqam tersebut hingga sampai kepada Maqamat Tajalliyyat Zati, juga telah dituliskan kepada Hadhrat Buzurguar Murshidnya:


Permohonan, adalah menyatakan bahawa Para Rakan yang yang berada di sini adalah sebagaimana Para Rakan yang berada di sana, bahawa setiap dari mereka telah mengalami keadaan terkurung dan tertahan pada suatu Maqam yang khas. Jalan untuk mereka keluar daripada maqam-maqam tersebut adalah terasa sukar dan payah. Kekuatan dan Qudrat yang sesuai dengan Maqam ini di dalam diri hamba tiada ditemui. Haqq Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan berkat tumpuan perhatian Tawajjuhat 'Aliyyah yang tinggi lagi diberkati dari pihak Tuan Hadhrat Ishan, hamba telah dapat mencapai peningkatan.


Seorang daripada saudara-mara hamba yang kekurangan ini, terdapat seorang yang yang telah pun menempuh Maqam ini hingga telah sampai kepada permulaan hal Muqaddimah Tajalliyyat Zatiyyah. Hal keadaan beliau adalah cukup bagus. Langkah demi langkah hamba yang hina ini, beliau pun turut meletakkan kaki ke atasnya. Berkenaan mereka yang lainnya pun adalah diharapkan hal yang sedemikian juga.


Selain itu, bahawa sebahagian daripada Para Rakan yang berada di sana adalah tidak bersesuaian dengan Jalan Para Muqarrabin. Hal keadaan mereka adalah bersesuaian dengan Jalan Para Abrar. Dalam hitungan secara keseluruhannya, Yaqin yang telah mereka hasilkan dapatlah juga dianggap sebagai suatu kurniaan Ghanimat. Menuruti atas Jalan Para Abrar inilah mereka perlu diperintahkan.


Misra' ('Ain) Farsi:
Har Kisey Rah Bahar Karey Sakhtand

Terjemahan Melayu:
Setiap orang telah diciptakan untuk pekerjaan yang sesuai dengannya.


Untuk menjelaskan secara Tafsil tentang perkara ini dengan menuliskan nama-nama mereka adalah hamba tiada berani, bahawa ianya pasti tidak akan tersembunyi dari pengetahuan Tuan Hadhrat Ishan kerana itulah mengata banyak, hamba tidak berani.


Pada hari menuliskan huraian Tahrir permohonan ini, Hadhrat Mir Sayyid Shah Husin Rahmatullah 'Alaih dalam kesibukan Batinnya telah melihat bahawa seolah-olah dia telah sampai ke sebuah pintu yang besar dan beliau telah berkata bahawa ianya adalah Pintu Hairat yakni sebuah pintu yang menghairankan lagi mengkagumkan. Apabila dia meletakkan pandangan ke dalamnya, maka dia terlihat bahawa Tuan Hadhrat Ishan dan hamba yang hina ini berada di sana. Setiap ketika dia berusaha untuk meletakkan kaki ke dalamnya namun dia tidak dapat menuruti langkahan kaki hamba ini.


16 Dzul-Qa'idah 1432
14/10/2011
10:24 am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan