MAKTUB 1: TUHFAH IBRAHIMIYAH
DENGAN NAMA MUHAMMAD JAN AKHUND ZADAH SAHIB
PADA PENJELASAN BERAMAL ATAS SHARI'AT DAN BEBERAPA NASIHAT BERFAEDAH
Alhamdu Lillahil Ladzi Atla'a Fi Falakil Azali Shamsan Nabawiyyatil Muhammadiyyah,
Segala pujian bagi Allah yang telah menerbitkan dalam Falak AzaliNya akan Mentari Kenabian Muhammadiyah yang terpuji,
Wa Ashrafa Min Ufuqi Asrarir Risalatihi Mazahira Tajalliyyati Ahmadiyyah,
Dan yang telah memuliakan dari ufuk rahasia RisalahNya akan penzahiran Tajalliyat Ahmadiyah yang sangat terpuji,
Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Amma Ba'du,
Semoga Rahmat Allah terlimpah ke atasnya dan Kesejahteraan. Adapun sesudah itu,
Saudaraku yang daku muliakan lagi diberikan petunjuk, Muhammad Janan Akhund Zadah Sahib, semoga Allah Ta'ala mensejahterakannya dari Afat yang membahayakan di Dunia dan Akhirat, dan semoga Allah menjadikannya sebagai seorang yang 'Ashiq tersangat cinta terhadap ZatNya Yang Maha Tinggi.
Daripada Faqir Haqir yang hina La Syaik tiada apa-apa Dost Muhammad 'Ufiya 'Anhu semoga keampunan ke atasnya, sesudah mengucapkan Salam Masnunah, ketahuilah bahawa beberapa nasihat akan dihuraikan supaya untuk Para Rakan ianya akan menjadi sebagai penyebab kejayaan dan keselamatan.
Maka, ketahuilah bahawa untuk mengembangkan dan mendapatkan Ijazat keizinan Tariqah Sufiyah perlulah kepada syarat ini iaitu secara Zahir dan Batin hendaklah bersungguh-sungguh Istiqamah atas hukum-hakam mulia Shari'at Mutahharah Nabawiyyah, semoga ke atas Sahibnya terlimpah Rahmat dan kebaikan, dan walau dalam kelapangan manapun janganlah melampaui batas-batas Hudud Shar'iyyah yang telah dishari'at walaupun satu zarrah. Secara khususnya, pada lima waktu Solat hendaklah melakukannya pada awal waktu dengan secara berjemaah dan Solat Subuh secara wajibnya. Setiap waktu hendaklah sentiasa sibuk dalam amalan Zikir dan Muraqabah mengingati serta mengamati Tuhan Yang Mulia.
Hendaklah kurangkan makan, kurangkan tidur, kurangkan bercakap dan kurangkan bercampur-gaul bersama dengan orang ramai. Hendaklah bersifat sebagaimana dengan sifat-sifat ketinggian seperti Taubat, Zuhud, Sabar, Qana'ah, Tawakkal, Syukur, Khauf, Taslim dan Ridha. Hendaklah bersikap seperti orang awam yang tidak memberikan sebarang kepentingan dalam Kashaf dan Karamat. Hendaklah sentiasa tidak berharap pada zat diri sendiri dan zat seluruh makhluk. Faqr dan Faqah yakni kefakiran dan kemiskinan hendaklah difikirkan sebagai nikmat yang besar. Pada harta benda Para Murid janganlah meletakkan sebarang keserakahan. Sama ada makhluk memuji kamu atau mengingati kamu secara buruk, janganlah ambil peduli terhadapnya. Terhadap kekayaan dan para hartawan hendaklah jauhkan dan terhadap Para 'Ulama dan Para Fuqara hendaklah berkhidmat dengan jiwa, harta dan tubuh badan. Jauhilah dari mengumpat dan menghina makhluk Tuhan. Betapa bagusnya seseorang telah mengungkap ungkapan Parsi:
Har Kuja In Nisti Afzun Ter Ast,
Kar Haqq Ra Kar Gah An Sar Ast.
Terjemahan:
Di tempat mana penghasilan Fana yang paling banyak,
Di situlah rumah tempat bekerja pekerjaan yang Haqq.
Inilah penjelasan secara Ijmal berkenaan Shari'at dan Tariqat Muhammadi, semoga Rahmat dan kebaikan terlimpah ke atasnya sebanyak bilangan yang diketahui bagiMu.
"Allahummar Zuqna Mutabi'ata Habibika Qaulan Wa Fi'lan Wa I'tiqadan Awwalan Wa Akhiran Zahiran Wa Batinan."
Ya Allahumma rezekikanlah kami keturutan terhadap KekasihMu pada ucapan dan perbuatan dan pegangan I'tiqad pada awal dan akhir secara Zahir dan Batin.
Saudaraku yang mulia, seluruh Himmah kesungguhanmu hendaklah menuntut dan mencari Allah Ta'ala serta luangkan masa untuk mengingatiNya sehingga dalam ingatan terhadap Allah Haqq Ta'ala jangan dibiarkan Ghaflat kelalaian datang walau seketika mahupun sesaat dan sentiasa bertawajjuh dengan Tuhan. Jangan runsing berkenaan rezeki dan jangan bersedih merasa terganggu mengenainya kerana rezeki pada pihak Allah Haqq Ta'ala adalah Muqarrar dan Muqaddar yakni sudah ditetapkan dan disukatkan. Sebagaimana kebanyakan Para 'Ulama yang tidak beramal dan Para Sufi yang jahil, janganlah kamu menjadikan sebagai Wasilah sebarang 'Ilmu, 'Amaliyat, mentera jampi dan sebarang jenis percakapan yang sia-sia kerana dalam perlakuan demikian selain kehinaan dan kecelaan tiada apa yang terhasil.
Ada dinyatakan dalam Hadits Sharif yang mulia, Hadhrat Imam Baihaqi Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan daripada Hadhrat 'Abdullah Bin Mas'ud Radhiyallahu 'Anhuma bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda mafhumnya bahawa, "Jika Ahli 'Ilmu memeliharakan 'Ilmu dan mengamanahkan 'Ilmu kepada Ahli 'Ilmu, maka menerusi 'Ilmu tersebut dia akan mendapat kemuliaan sebagai penghulu, tetapi oleh kerana mereka telah membelanjakan 'Ilmu untuk Ahli Dunia, kerana itulah dia menjadi hina dan cela." Daku telah mendengar daripada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda mafhumnya, "Barangsiapa yang seluruh kerisauannya adalah kerisauan tentang kehidupan Akhirat dan sentiasa risau berkenaan Akhirat, maka Allah Ta'ala akan mempercukupkannya dalam kerisauan berkaitan Dunianya, dan barangsiapa yang datang mengambil berbagai-bagai kerisauan tentang Dunia dan tenggelam dalam fikir tentangnya, maka Allah Ta'ala yang mana ZatNya adalah tidak bergantung dan Maha Memperkayakan tidak akan memperdulikannya meskipun dia akan binasa berada dalam kesusahan dan lembah kesukaran."
Kejayaan Duniawi, Agama dan kehidupan Akhirat adalah terletak dalam 'Ilmu dan 'Amal, tatkala pada ucapan perkataan dan perbuatan dan I'tiqad pegangan seseorang hanya tulen untuk Allah Ta'ala ianya adalah 'Ain penurutan terhadap Shari'at yang mulia. Dan barangsiapa yang tahu berkenaan Aqwal perkataan dan Af'al perbuatan dan I'tiqad kepercayaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tetapi tidak mengamalkannya, maka dia bukanlah seorang 'Alim yang mengetahui, sepertimana ada dinyatakan dalam Hadits yang mulia bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,
"La Yakun Al-Mar-u 'Aliman Hatta Yakun Bi 'Ilmihi 'Amilan," yang bermaksud bahawa seseorang itu tidaklah menjadi 'Alim sehinggalah dia menjadi seorang yang beramal dengan 'Ilmunya. Periwayat Hadits ini ialah Hadhrat Abu Darda Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu.

terima kasih atas ilmu ini ya sheikh, moga allah mempermudahkan bagi ku..amin
BalasPadam