Isnin, 17 Oktober 2011

Durar Al-Ma'arif Terjemahan Durr Al-Ma'arif


Durar Al-Ma'arif 
Terjemahan 
Durr Al-Ma'arif



Majlis Pertama.
12 Rabi' Al-Akhir 1231 Isnin


Hamba yang dhaif, Hadhrat Shah Rauf Ahmad Mujaddidi Rahmatullah 'Alaih telah hadir di tempat perhimpunan turunnya limpahan Faidhz. Pada waktu itu dalam kehadiran limpahan Faidhz, para hadirin telah diperingatkan berkenaan lafaz Faqir. Murshid Haqq Hadhrat Shah Ghulam 'Ali Naqshbandi Dehlawi Rahmatullah 'Alaih telah memberi penjelasan tentang lafaz Faqir.


Huruf Fa bermakna Faqah yakni bertawakkal sepenuhnya kepada Allah dalam segala hajatnya. Huruf Qaf bermakna Qana'ah yakni bercukup dengan kesederhanaan dan tidak tamak. Huruf Ya bermakna Yad Ilahi yakni mengingati Allah dengan melenyapkan segala ingatan tentang Dunia dan Akhirat. Huruf Ra bermakna Riyadhah dan Mujahadah yakni melatih diri dengan latihan Ruhaniah dan mensucikan Nafsu. 


Maka, seseiapa yang telah sempurna keempat-empat perkara ini bererti dia telah berjaya mencapai maqsud lafaz Faqir iaitu, Huruf Fa bermakna Fadhal yakni kurniaan kelebihan. Huruf Qaf bermakna Qurb yakni pendekatan terhadap Allah Ta'ala. Huruf Ya bermakna Yari yakni persahabatan dengan Allah Ta'ala dan Huruf Ra bermakna Rahmat dan Rukyat Allah Subhanahu Wa Ta'ala yakni melihat Haqq Allah Ta'ala. Jika hal keadaan seseorang itu adalah sebaliknya maka, Huruf Fa menjadi Fadhihah yang bermakna mendatangkan ke'aiban, Huruf Qaf menjadi Qahar Ilahi yang bermakna Kekerasan Allah Ta'ala. Huruf Ya menjadi Yaksun yang bermakna berputus asa dan putus harapan. Huruf Ra menjadi Riswai yang bermakna bersifat jahat. Kita memohon perlindungan Allah Ta'ala dari keadaan tersebut, Amin.


Pada hari tersebut perkara Sima' juga turut diperingatkan. Murshid Haqq Hadhrat Maulana Shah Ghulam 'Ali Dehlawi Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa Ahli Sima' adalah orang yang bertawajjuh sepenuhnya terhadap Allah Ta'ala dan berpaling sepenuhnya dari yang selainNya. Baginya apa sahaja yang didengarinya, dia akan menganggap perkara tersebut datang dari Allah Ta'ala yang mana pada pandangannya segala sesuatu yang selainNya telah terangkat.


Murshid Haqq berkata lagi bahawa Hadhrat Nizamuddin Awliya Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu telah berkata bahawa, "Alangkah baiknya jika daku mati dalam hal keadaan Sima'," dan beliau juga telah berkata bahawa Hadhrat Nizamuddin Awliya Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu telah melupakan hasrat tersebut kerana pada suatu ketika Hadhrat Fariduddin Ganj Shakar Quddisa Sirrahu yang merupakan Guru Murshid baginya dengan jalan 'Inayat dan pandangan yang khas telah berkata kepada Hadhrat Nizamuddin Awliya Rahmatullah 'Alaih, "Apa sahaja yang kamu inginkan mintalah padaku." Beliau telah meminta, "Hamba memohon Istiqamah dan tidak mahu mati dalam hal keadaan Sima' kerana betapa ruginya masa terlepas dari tangan dengan begitu sahaja."


Murshid Haqq juga telah berkata bahawa terdapat perbezaan antara Wajad dan Tawajad yang mana Wajad adalah hal keadaan menggeletar yang berlaku bukan dengan ikhtiar manakala Tawajad adalah hal keadaan tersebut yang berlaku dengan ikhtiar. Dan beliau juga telah berkata bahawa jikalau dengan niat yang benar maka Tawajad juga diperbolehkan menurut Para Sufiyah. Sepertimana yang sedang berlaku di tempat Hadhrat Khwajah Nizamuddin Awliya Rahmatullah 'Alaih.


Beliau juga berkata bahawa di tempat Hadhrat Khwajah Nizamuddin Awliya Rahmatullah 'Alaih juga terdapat amalan Sima' namun tanpa gelak-ketawa bahkan wanita dan remaja yang belum berjanggut tidak dibenarkan hadir bahkan bunyian bertali pun tidak dimainkan. Maka amalan Sima' yang seperti ini adalah diperbolehkan dalam Shari'at Mutahharah. Demikian juga telah dituliskan di dalam kitab Fawaid Al-Fawaid dan Sair Al-Awliya.


Beliau juga telah berkata bahawa Hadhrat Qutub Al-Muhaqqiqin Khwajah Bakhtiar Ushi Kaki Rahmatullah 'Alaih dalam majlis Sima' dengan secara bertarannum telah membacakan bait ini dari tempatnya yang Fana lalu telah berpindah ke tempat yang Baqa.


Kushtagani Khanjari Taslim Ra, 
Har Zaman Az Ghaib Jan Digar Ast.

Terjemahan:
Seseorang yang telah dimatikan dengan pisau belati Taslim,
Di setiap zaman ada lagi nyawa yang lain dari Alam Ghaib .


Allah! Allah! Betapa berkatnya Kalam Hadhrat Ahmad Jam Rahmatullah 'Alaih yang mana beliau memberikan minuman dari Piala Jam yang kesampaian dan melepaskan diri dari perangkap kewujudan. Pada hari itu, himpunan Jami'iyyat pada Insan juga turut diperingkatkan. Irshad firmannya bahawa Hadhrat Imam Muhammad Ghazali Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan dalam kitab "Rahmatan Wasi'atan" bahawa Insan adalah Jami' sekelian Mumkinat dengan jalan penjelasan bahawa apa sahaja yang ada di dalam seluruh alam ini adalah juga terdapat di dalam diri Insan yakni kepala Insan adalah dicontohkan kepada Falak langit dan Khatrat adalah menyerupai malaikat, tulang-temulang adalah dengan Manzil kedudukannya sebagai gunung-ganang dan darah adalah seperti sungai, urat saraf adalah dirupakan sebagai pepohonan dan setiap dua mata seperti mohor mentari yang sinarnya berkilau dan sirna rembulan yang bercahaya gemilang dan atas dasar ini maka Qiaskanlah pada baki perkara yang lain.


Akan tetapi di samping itu Hadhrat Shah Ghulam 'Ali Naqshbandi Rahmatullah 'Alaih telah mengatakan bahawa Insan adalah himpunan bagi sekelian Mumkinat menurut keadaan yang mana baki keseluruhan alam adalah penzahiran Asma dan Sifat Ilahiyah dan Insan adalah Muzhar atau Mazhar yakni sebagai tempat penzahiran Zat Ilahi dan pada Zat adalah terhimpun keseluruhan Sifat. Beliau juga berfirman bahawa Qalbi hati Insan adalah cermin jajahan alam tetapi seorang yang 'Arif melihat bahawa, "Seluruh alam berada di dalam hatiku bahkan Allah Haqq Jalla Wa 'Ala adalah terpapar di dalam hatiku."


Kebanyakan Para Awliya mengatakan bahawa hal keadaan tersebut sebagai Wahdat Wujud dan mengeluarkan kata jeritan Ana Al-Haqq, Subhana Ma A'zhama Shaani dan Laisa Fi Jubbati Siwa Allah. Hadhrat Maulana Ahmad Jam Rahmatullah 'Alaih telah berkata:


Ma Aainahi Jahan Namaim, Ma Nuri Jamal Kibriyaim
Maujudah Bajaz Wujud Ma Nist, Dar Harcheh Nigah Kuni Tu Maim
Har Qatrah Keh Banagri Za Darya, Dar Yab Keh Qatrah Nist Maim.


Terjemahan:
Kami adalah sebagai suatu cermin paparan bagi keseluruhan alam, 
Cahaya Jamal Kibriya keindahan yang berkebesaran adalah Kami.
Yang wujud selain dari kewujudan Kami sebenarnya adalah tiada,
Maka pada apa sahaja yang dikau pandang ianya itu adalah Kami.
Pada setiap Qatrah titisan air yang dikau lihat pada aliran sungai,
Dikau akan dapati bukan Qatrah titisan air bahkan Ia adalah Kami.


Dan 'Arif yang dikenali Hadhrat Maulana 'Abdur Rahman Jami Rahmatullah 'Alaih juga telah mengisharatkan kepada maqam ini dengan Nazam perkataannya:


Mumkin Za Tang Nami 'Adam Na Kushidah Rakht, 
Wajib Za Bargahi Qidam Na Nahadah Gam,
Dar Hairatam Keh In Hamah Naqshi 'Ajib Chist, 
Bar Lawhi Surat Aamadah Masyhud Khas Wa 'Am,
Badah Nihan Wa Jam Nihan Aamadah Padid, 
Dar Jam 'Akasi Badah Wa Dar Badah Rangi Jam,
Jami Ma'ad Wa Mabdai Ma Wahdatast Bas, 
Madar Miyan Katsrati Mawhum Wassalam.


Terjemahan:
Yang Mumkin tidak dapat mengangkat barangannya di jalan penafian yang sempit,
Dan yang Wajib tidaklah terkeluar langkahNya dari Istana Qidam yang sedia ada.
Dalam kehairananku bahawa apakah erti semua gambaran yang ajaib-ajaib ini,
Yang mana telah datang pada Lauh perupaan di hadapan orang yang khawas dan awam.
Minuman arak adalah tersembunyi dan Jam pialanya juga adalah tersembunyi,
Pada piala terdapat kebalikan minuman arak dan minuman arak pun mewarnai piala.
Wahai Jami! Mabda permulaan dan Ma'ad penghujungan Kami adalah Wahdat,
Kamilah yang berada dalam perantaraan kebanyakan apa yang diwahamkan, Wassalam.


Dan terdapat suatu jemaah Para Awliya 'Izham yang mengatakannya sebagai Wahdat Shuhud. Mereka berkata bahawa Dunia adalah seumpama rumah cermin yang mana cahaya mentari Al-Bari Wajah Kebaikan dan Keindahan Ma'shuq Haqiqi iaitu Allah Rabbul 'Izzat dipersaksikan.


'Akas Ruey To Chu Dar Aainah Jam Aaftad,
'Arif Az Khandah Mi Dar Tama'i Kham Uftad.

Terjemahan:
'Akas kebalikan WajahMu tatkala telah jatuh ke atas cermin Hadhrat Maulana Jami,
Maka Si 'Arif pun dengan lawak jenakanya telah jatuh dalam tamak pada kesalahan.




Faedah:


Muallif Hadhrat Khwajah Rauf Ahmad Mujaddidi 'Ufiya 'Anhu telah berkata bahawa Sima' adalah dikatakan terhadap suara yang diperdengarkan tanpa alat bunyian manakala yang dimainkan dengan alat bunyian dinamakan sebagai Ghina iaitu nyayian. Di kalangan 'Ulama Ummat, tiada sesiapa pun yang khilaf berselisihan pendapat tentang keharaman Ghina menerusi Nas berikut ini:


64. Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakan suaramu dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka. [Al-Isra: 64]


Pengharaman nyanyian Ghina adalah Zahir menerusi Nas ini bahawa Para Mufassirin mengatakan bahawa penafsirannya adalah apa yang dikatakan sebagai Al-Ghina, dan pada Ayat Al-Quran ke-6 Surah Luqman:


6. Dan di antara manusia ada orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan manusia dari Jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan Jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan. [Luqman:6]


(Maksud ayat ini ialah Allah memberi kesempatan kepada Iblis untuk menyesatkan manusia dengan segala kemampuan yang ada padanya tetapi segala tipu daya Syaitan itu tidak akan mampu menghadapi orang-orang yang benar-benar beriman. Perkataan kalimah Istafziz menurut pengertian bahasa bererti memperbodohkan seseorang dengan lagu-lagu, muzik dan apa juga panggilan yang memanggil kepada ketidak-patuhan terhadap Allah Ta'ala. - Az Mulla Ar-Rowi)


Ayat ini juga menanggung penafsiran yang sama dan betapa banyaknya dinyatakan di dalam Ahadits Nabawi berkenaan pengharaman Ghina yang mana satu daripadanya adalah bahawa Syaitan adalah yang pertama sekali mengeluh dan Syaitan adalah yang pertama sekali melakukan Ghina yakni bernyanyi. Dalam Hadits yang kedua adalah yang menyatakan bahawa nyanyian Ghina  akan menumbuhkan penyakit Nifaq di dalam hati sepertimana air yang dapat menumbuhkan pohon. 


Maka, Para 'Ulama Ummat telah Ikhtilaf berselisihan pendapat tentang pengharaman Sima' dan bukannya yang berkaitan dengan nyanyian Ghina. Memperdengarkan suara oleh para wanita dan para pemuda yang belum berjanggut adalah termasuk dalam jenis nyanyian Ghina ini, yakni mendengarinya adalah Haram. Maka, Sima' yakni suara yang bukan datang menerusi para wanita dan para pemuda tanpa janggut dan tidak dimainkan oleh sebarang alat bunyian. Suara yang sebegini apabila terdengar bagi orang yang ahli dalam pemeliharaan hati, dia akan mendapat kurniaan peningkatan dalam Zauq, Shauq, Wajad, ketiadaan diri, menggeletar keharuan, cahaya Anwar dan rahsia Asrar. Maka ianya diperbolehkan dengan menurut syarat-syarat ini sepertimana Para Sufiyyah Kiram yang mulia telah nukilkan ianya adalah Jaiz dibolehkan, jikalau tidak maka adalah tidak boleh.

1 ulasan:

  1. assalamu'alaikum, tn jalaluddin ahmad,
    saya ingin bertanya, doa munajat, 'ilahi anta maqsudi wa redhaka matlubi"

    apakah diambil dari hadis nabi muhammad s.a.w. atau apakah berasal diajarkan oleh mursyid dalam tarekat naksyabandiah, siapakah nama mursyid tersebut yang mula-mula menyampaikannya?

    terima kasih, wassalam

    BalasPadam